30 November 2014

10 Kelebihan Detoks Usus / Detoksifikasi Usus.

 

10 Kelebihan Detoks Usus / Detoksifikasi Usus.

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usu adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser.



Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga

Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.

Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus

Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.

Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang. 


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus. Ia adalah Alfalfa Shaklee.

Harga Alfalfa Shaklee hanyalah RM53(330 biji) dan RM97(700 biji). Dapatkan HARI INI!




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Merawat Ekzema: 5 Makanan Bermula Huruf 'A'

Merawat Ekzema: 5 Makanan Bermula Huruf 'A'

Ekzema biasanya gatal dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kita. Kadang-kala, kesan garu pada ekzema akan menyebabkan luka dan meninggalkan parut. Mereka yang mengalami ekzema akan terganggu aktiviti hariannya dan boleh membawa kemudaratan pada kulit. 

Berikut adalah 5 Makanan yang bermula dengan Huruf 'A'

Alfalfa

Alfalfa boleh membantu merawat ekzema. Anda di cadangkan untuk makan alfalfa jika mengalami kulit kering dan gatal. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, alfalfa merupakan makanan yang kaya nutrisi yang boleh anda makan setiap hari. Jus alfafa boleh membantu membuang toksin dan badan. Alfalfa juga adalah sumber mineral yang baik seperti zink, selenium, kromium, kobalt, silikon dan iodin. Alfalfa juga adalah sumber penyembuhan luka yang baik.



Aloe Vera

Aloe Vera dikenali sebagai agen penyembuhan luka yang boleh merawat dari dalam atau luar badan. Kebanyakan losyen dan krim menggunakan Aloe Vera untuk membantu dalam penyembuhan. Jus Aloe Vera juga baik diminum untuk penyembuhan dari dalam. Anda boleh mengambil jus Aloe Vera untuk menambah imunisasi badan untuk menghasilkan kulit cantik dan sihat. Aloe Vera adalah pencegah ekzema yang baik kerana ia menghindarkan penyakit terutama pada kulit


Avocado

Avocado mengandungi kandungan asid amino yang berkualiti tinggi serta mempunyai 14 mineral. Ia juga berfungsi dalam memulihara dan membantu pertumbuhan. Ia memberi kebaikan dalam membantu melengkapkan fungsi makanan yang lain dalam seperti daging, telur dan keju. Anda digalakkan makan Avocado setiap hari untuk memastikan pertumbuhan dan pemulihan kulit yang sihat. Di sesetengah negara, Avocado digunakan dalam losyen badan sebagai bahan pemulihan dari luar.


Asparagus.

Asparagus mengandungi asid amino yang membantu menjana proses perkumuhan yang baik dari buah pinggang. Kita perlu menjaga kesihatan buah pinggang seperti mana kita menjaga bahagian badan yang baik. Ia membantu menyingkirkan badan tidak baik dari buah pinggang melalui air kencing seterusnya membantu mengurangkan kekusutan minda. Adalah penting untuk kita membersihkan badan melalui perkumuhan untuk membantu keseimbangan dalam badan.


Apples (Epal)

Epal boleh dimakan mentah atau dibuat manisan. Epal mempunyai kandungan gula semulajadi yang boleh meningkatkan penghasilan saliva/air liur yang boleh membantu penghadaman. Ia juga baik untuk badan dan dapat membantu menghilangkan ekzema.

Shaklee mempunyai produk makanan tambahan Alfalfa yang dapat membantu merawat ekzema. Ia juga dapat membantu merawat alergi dan resdung. 

ALFALFA COMPLEX




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


29 November 2014

Cara Makan Set Kurus Shaklee: Nak Tahu Cara Yang Betul?


Cara Makan Set Kurus Shaklee: Nak Tahu Cara Yang Betul?

Kembali kurus adalah idaman ramai orang terutama wanita. Mereka nampak lebih cantik apabila kurus. Tapi bagi saya, salah satu bonus bila kurus adalah sebab nak jadi lebih sihat. Betul tak? Saya tak kata, kalau gemuk tak sihat, tapi kebanyakan penyakit datang bila berat badan berlebihan. Kesuburan seseorang wanita juga berkurang. Menjadi kurus adalah langkah baik untuk lebih sihat.

Kenapa pilih Set Kurus Shaklee.

Sebab No 1:

Set kurus Shaklee telah menjadi pilihan ribuan orang. Kenapa? Of course la sebab paling utama adalah set kurus Shaklee ni SELAMAT dan SEMULAJADI. Takde orang yang perlu risau tentang kandungannya, sebab Set Kurus ni adalah HALAL dan ada KELULUSAN KKM. Inilah 2 perkara paling orang pentingkan sebab banyak sangat produk untuk kurus dan kelansingan yang merbahaya di pasaran. Ada yang takde kelulusan KKM, ada yang guna bahan terlarang. Ish..Ish.. Bahaya tu.


Sebab No 2:

Cara penurunan berat badan adalah secara sihat. Bukannya bila makan Set Kurus, kita boleh hentam makan semua benda. Kawal makan dan melakukan aktiviti yang membakar kalori adalah BASIC. Bukan kita tinggalkan makan terus. No. No. No. Tapi, kita kurangkan portion makan. Kurangkan karbo (nasi, mee, dll), lebihkan protein (lauk pauk)

Satu lagi. Penurunan berat apabila ambil Set Kurus Shaklee nampaknya agak perlahan.. TAPI tidak akan kembalikan berat asal jika betul caranya. Jangan expect penurunan mendadak ye, sebab ia adalah tidak sihat tau.

Tips dari majalah RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dr dahulu.

Haa. Setuju tak dengan statement di atas? Banyak produk kelansingan memberikan janji-janji palsu, tetapi tidak bagi Shaklee.


Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?

Set Kurus Shaklee menggunakan konsep Bakar - Buang - Bina untuk mengurangkan berat badan penggunanya. Apa itu Bakar? Apa Itu Buang? Apa itu Bina?



Konsep 1 : Bakar.

Bakar yang dimaksudkan adalah bakar lemak. Ada juga orang gelarkan cairkan lemak. Produk yang berkesan untuk cairkan lemak dalam badan adalah Lecithin. 




Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Jom Layan video Demonstrasi bagaimana Lecithin memecahkan molekul lemak dan minyak.
 

Konsep 2:  Buang

Konsep buang atau detoks ini sangat penting setelah fungsi bakar berlaku. Apabila lemak telah dipecahkan dari dalam badan, ia harus di bawa keluar melalui pembuangan najis supaya tidak tersimpan dalam badan. Produk shaklee yang sangat sesuai untuk fungsi ini adalah Alfalfa.


Konsep detoksifikasi dalam usus ini sebenarnya memberi banyak kelebihan. Bukan sahaja dapat kurangkan berat badan, ia juga dapat mengembalikan tenaga dan mengurangkan risiko barah.

Bacaan lanjut: -->  10 Kelebihan Detoks Usus


Konsep 3: Bina

Setelah lemak disingkirkan, otot badan perlu dibina semula supaya mengurangkan kesan geleber pada badan akibat lemak yang dibuang. Bagaiman nak bina semula? Dengan protein rumusan khas dari Shaklee iaitu Cinch.


Kebaikan Cinch Shake

  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle).

 Pada waktu inilah, ramai pengguna merasa confuse, setelah berminggu menggunakan Set Kurus Shaklee, tetapi tiada pengurangan dari segi berat badan. Jangan risau, ia NORMAL. Kenapa saya kata normal?
Sebab berat statik itu adalah disebabkan pembinaan otot pada badan. TETAPI, anda akan mengalami INCHLOSS ataupun dengn kata lain, pinggul mengecil, peha mengecil dan lengan juga jadi slim. Baju lama dan seluar jeans lama BOLEH PAKAI SEMULA. Best kan???


Lihat perbezaan berat lemak dan berat otot. Walaupun berat anda STATIK, tetapi anda akan nampak slim sebab lemak lebih besar dari otot walaupun beratnya SAMA. Teruskan makan Set ini, dan anda pasti TERUJA.

Cara Makan Set Kurus Shaklee

Berikut adalah cadangan Cara Makan untuk Set Kurus Shaklee


Anda hanya perlu bersarapan pagi dengan Cinch. Cinch mempunyai indeks glisemik yang rendah yang membolehkan anda kenyang lebih lama. Cara pengambilan makan tengahari dan makan malam adalah seperti gambar di bawah:


Dah nampak gambaran berapa banyak nasi dan protein serta sayur yang perlu diambil? Macam ni lah baru boleh kawal berat badan. Jangan lupa anda juga perlu ada senaman dan aktiviti yang heavy untuk bakar kalori. At least aktif berjalan dan turun naik tangga setiap hari. Tak susah kan?

Testimoni







Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, Sila hubungi Saya hari ini. Rugi jika anda tidak memiliki ye sekarang....

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

Arghhhh.
Sakitnya migrain. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara kerap. Sangat sakit dan siapa yang kena migrain akan rasa denyut di sebelah sahaja bahagian kepala. Berguling-guling nak tahan sakit migrain.

Orang yang teruk kena migrain ada yang sampai muntah, loya. Tak boleh kena cahaya, sensitif pada bunyi. Paling kurang kalau kena migrain sampai 4 jam, ada yang kena sampai 3 hari.

Bila kena serangan migrain, satu kerja tak boleh buat. Tidur pun tak boleh sebab sakit sangat. Kena makan painkiller baru lega. Makan painkiller banyak-banyak pun bahaya, boleh effect buah pinggang.

Tapi nak buat macamana, kalau dah sakit sangat migrain, terpaksa telan jugak.


Nak tahu tanda-tanda kena migrain?

Jom semak 15 tanda anda mungkin ada migrain.


Tanda Migrain #1: Aura
Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya kat mata, ada garisan cahaya. Ia berbeza ikut orang. Ada yang bentuk zig zag.

Aura ni tak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.



Tanda Migrain #2: Rasa Tertekan
Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.




Tanda Migrain #3: Kurang Tidur
Orang yang migrain akan tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain.

Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab migrain.



Tanda Migrain #4: Hidung tersumbat atau mata berair.
Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata.

Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)




Tanda Migrain #5: Keinginan makan yang tinggi
Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.




Tanda Migrain #6: Sakit Berdenyut di Sebelah Kepala atau di Kedua-dua belah kepala
Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.



Tanda Migrain #7: Sakit belakang mata
Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan oleh mata letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.





Tanda Migrain #8: Sakit Tengkuk
Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit.Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

Satu kajian online mendapati 38% pesakit selalu rasa sakit tengkuk dan 31%daripadanya hanya merasai sakit tengkuk kadang-kadang sahaja.



Tanda migrain #9: Kerap kencing
Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain





Tanda migrain #10: Kerap menguap
Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.



Tanda migrain #11: Kebas atau hilang deria rasa
Orang yang kena migrain ada juga yang rasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.



Tanda migrain #12: Loya dan muntah
Satu kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain73% mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.



Tanda migrain #12: Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau
Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.



Tanda migrain #13: Aktiviti yang menyakitkan
Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti biasa tersebut mungkin tanda ia akan diserang migrain.



Tanda migrain #14: Percakapan yang susah difahami
Percakapan orang yang kena migrain susah nak difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga tanda orang yang kena strok.



Tanda migrain #15: Lemah sebelah badan
Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

sumber : http://www.health.com


Set Migrain Shaklee




Testimoni





***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064