02 Disember 2014

Kekurangan Kalsium - Adakah Saya Berisiko?


  Kekurangan Kalsium - Adakah Saya Berisiko?

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang sebenarnya kita dan ahli keluarga juga mempunyai potensi untuk mengalami keadaan kekurangan kalsium. Ada yang ingat, bila kita minum susu tiap-tiap hari, cukup ke keperluan kalsium kita?

dari sumber newsmax.com, 5 tanda utama kekurangan kalsium adalah:



  • mudah kejang otot bila lakukan aktiviti
  • insomnia - susah nak tidur
  • gigi mudah reput
  • ketumpatan tulang kurang, mudah patah, mudah retak
  • kuku lemah dan rapuh

Ada tak antara kita mengalami masalah diatas? Kalau bukan kita, mungkin anak, ibu bapa dan ahli keluarga. Perkara ini tidak harus dibiarkan berpanjangan.

Adakah kita berisiko mengalami simptom di atas? Jom lihat beberapa ciri-ciri yang menyumbang kepadanya.

1. Faktor Gaya Hidup

Terdapat beberapa faktor gaya hidup yang mengganggu paras kalsium. Jika andamerokok, selalu minum minuman berkafein(kopi) , atau mempunyai diet yang rendah dalam kalsium (vegetarian atau tak suka minum susu) anda mungkin mempunyai keperluan yang meningkat bagi kalsium.


2. Kanak-kanak dan Orang Dewasa (Kita la tu..)


Kanak-kanak dan remaja mungkin memerlukan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang yang maksimum. Kita perlukan kalsium yang banyak dari kanak-kanak hingga dewasa (sekarang) untuk menyediakan tulang kuat sebelum tua. Tulang akan semakin menipis dan lemah menjelang usia lanjut.


3. Mengandung

Sememangnya wanita mengandung saaaangat perlukan kalsium. Pembentukan tulang dalam kandungan dan keperluan ibu mengandung sendiri amat perlu dititikberatkan. Kekurangan kalsium menyumbang antara masalah paling banyak dialami oleh ibu mengandung - Kejang Kaki.


4. Wanita Menopause

Kandungan estrogen dalam badan wanita akan berkurang bila dah menopause. Estrogen bantu menyimpan kalsium dalam tulang. Apabila kurang estrogen, risiko tulang retak (breakdown) akan meningkat, kadar penyerapan kalsium dalam tulang pun kurang.


5. Warga Emas

Semakin meningkat usia, badan akan menjadi kurang effektif dalam serap nutrien termasuk kalsium dari makanan.

sumber: Ostelin.com.au


Kesimpulannya, kalsium sangat diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat, semua peringkat umur dalam keluarga kita perlukan kalsium.

Shaklee mempunyai produk yang membantu anda mendapatkan keperluan kalsium harian.

Ostematrix  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini mudan ditelan.



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Kencing Kotor (U.T.I) - Punca, Pencegahan dan Petua Merawatnya

Pengedar Shaklee Kawasan Kluang :Kencing Kotor (U.T.I) - Punca, Pencegahan dan Petua Merawatnya



foto Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

 

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.

Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang


Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.


- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 


-Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.


- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.


- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.


- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.


- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
 

- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).


- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.


- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.


- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.


- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.


- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.


- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.


- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.


- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.


- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.


- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.


- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.


Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak /
Sumber 

Petua : Ubat Kencing Kotor / Panas Badan 

Okeh.. kepada yang tak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ubatnya senang aje... Rebus Biji Barli... Mula-mula basuh dulu biji barli tu macam kita basuh beras..Selepas itu rebus dalam periuk yang berisi air... Aku suka rebus lama sikit, biar barli tu betul-betul lembut supaya sedap di nikmati .



Biji barli

Ada setengah orang tak boleh nak minum air barli ni macam tu sahaja ... Tawar lah,apalah.. Aku ada baca di Internet bagi menyedapkan air barli ni... (sedap ke tak aku tak tahu, sebab aku tak pernah cuba, diantara petuanya baca dibawah:

  1. Masa rebus barli tu letak secubit garam (untuk rasa lemak-lemak kot..)
  2. Masa rebus jugak ni, bolehlah letak helaian daun pandan (bagi yg suka bau-bauan pandan dalam minuman dia la..)
  3. Boleh jugak perahkan limau (limau nipis / limau kasturi) ke dalam gelas sebelum minum air barli tu...
  4. Boleh jugak tambah gula sikit...
  5. Perah lemon pun boleh...
  6. Kalau ada yang suka pudina, letak daun pudina sehelai dua pun boleh...
  7. Kalau nak letak kiub ais pun boleh jugak

Khasiat air barli ni banyak... Aku ingat lagi masa kecik, aku demam. Mak aku rebuskan air barli & bagi aku minum. Alhamdulillah kebah demam aku.. Tak payah pergi klinik.

 




kalau malas nak buat rebusan air barli ni , telan vitamin dr SHAKLEE ni...senang dan mudah...ye laaa...ngah sakit2 ada masa ke nak buat semua ni kan...hehehe...betul tak??? Yang pasti standby kan awal2....sebab kita kena kencing kotor pon tiba2 je kan...






***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064



Memulihkan Anak Yang Mengalami Masalah Sembelit Dengan Sangat Berkesan


  Memulihkan Anak Yang Mengalami Masalah Sembelit Dengan Sangat Berkesan

"Assalamualaikum...Kalau kanak-kanak bawah 2 tahun mengalami masalah susah nk buang air besar,apa yang sepatutnya sy bagi ye sist?.huhu..sian tengok bila dia nak membuang je sampai nagis2..tersiksa rasa" Ini adalah pertanyaan seorang customer Ina


Sembelit,adalah antara masalah yang biasa kita dengar dan mungkin ada diantara pembaca entry ini turut mengalami masalah yang samakan.Anak ina yang berusia 2 tahun turut mengalami masalah sukar buang air besar (sembelit) sehingga berdarah.~ nanti ina cerita bagaimana pengalaman anak ina ye ~

Sembelit sangat menyiksa bagi kebanyakan orang. Banyak cara yang digunakan dan ramai yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk mengatasi sembelit.Sebelum itu mari kita kenali punca dan penyebab sembelit di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana mengesan anak kita mengalami sembelit ?

Perhatikan jika anak-anak anda :
  1. Tidak membuang air besar untuk beberapa hari
  2. Keadaan najisnya yang kering dan keras
  3. Sakit ketika membuang air besar dan mukanya bertukar menjadi kemerah-merahan ketika sedang meneran
  4. Ada kesan najis pada seluar dalam anak anda
  5. kejang perut
Mengapa ini boleh berlaku ?,Faktor utama adalah gaya hidup dan cara pemakanan mereka sendiri.Antara faktor kanak-kanak mengalami masalah sembelit adalah :

  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
  • Kurang bersenam
  • Menahan keinginan untuk buang air besar
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti narcotic dan analgesic

Beberapa langkah pencegahan sembelit yang boleh diambil ialah :
  1. Tingkatkan makanan yang tinggi serat dan pengambilan air yang mencukupi
  2. Senaman secara tetap dan berkala
  3. Melatih membuang air besar setiap hari
Berbalik kepada pengalaman anak ina sendiri yang berusia 2 tahun mengalami masalah sembelit,sehingga kelihatan darah pada najisnya.Bila dia buang air besar je mesti mengambil masa sampai 30-45 minit dengan muka yang sangat terseksa bila melihatnya.Memang ina akui anak ina sukar untuk mengambil makanan yang tinggi serat dan tidak membuang setiap hari.ops! satu lagi anak ina sangat tidak suka minum air kosong sehingga kadang-kadang perlu dipaksa.
sejak dari itu,apa yang ina buat,ina akan pastikan setiap hari dia mengambil jus buahan atau oren yang di campur dengan MEAL SHAKE
MEAL SHAKE
Banyak khasiat dalam meal shake ni tau kawan2...ina dah cuba...kawan2 cuba lah jugak ye...demi anak2 kita semua...


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


01 Disember 2014

Ingin Kurus dengan Vitamin?


Ingin Kurus dengan Vitamin?


Saya sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada rakan-rakan yang telah memilih vitamin Shaklee bagi mengurangkan berat badan. Ya! saya mengakui saya tak mampu untuk menjadi contoh memandangkan badan saya secara genetik telah kurus dan sukar untuk naik. Namun, testimoni-testimoni rakan-rakan mengenai 3 vitamin dari shaklee ini, sangat membantu.

Ha! sebelum saya reveal 3 vitamin itu, mari kita lihat testimoni dari seorang pengguna Shaklee.

from :http://www.kenkoushoku.com


7 kg nampak seperti sedikit berbanding produk lain, tetapi kata-kata petikan ini harus dijadikan panduan:

Tips dari RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dr dahulu.



Gabungan 3 Vitamin ini adalah:


Berikut adalah kebaikan-kebaikan Vitamin-vitamin ini:

Kebaikan Alfalfa

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy
(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

  • Penghadaman
  • Pencernaan
  • Flatulence
  • Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah

  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.
.


Kebaikan Lecithin.

Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu mengawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

Kebaikan Herblax
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.


Untuk mendapatkan produk dan konsultansi PERCUMA, hubungi saya

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


TIPS KECANTIKAN DARI ALOE VERA -KHASIAT LIDAH BUAYA

TIPS KECANTIKAN DARI ALOE VERA -KHASIAT LIDAH BUAYA

Siapa yang tidak ingin memiliki kulit cantik nan mulus tanpa sebarang cela. Justeru, pelbagai cara dan rawatan disediakan untuk tujuan tersebut. Selain penggunaan produk-produk kecantikan serta alatan yang serba canggih, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga tidak diabaikan.

Malah, sehingga kini, masih ramai yang mempercayai bahan semula jadi lebih baik kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada kulit seseorang. Daun lidah buaya atau juga disebut sebagai aloe vera misalnya, mempunyai pelbagai khasiat. Selain membantu menyuburkan rambut, bahan ini juga bermanfaat untuk kecantikan.

Di dalam lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh.

Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.

Tips Kecantikan
Untuk memastikan rambut nampak berkilau dan tidak mudah rapuh, sapukan daun lidah buaya (aloe vera) sebagai creambath secara rutin sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Lendir dari lidah buaya berkhasiat untuk mengurangi pengeluaran minyak berlebihan pada kulit kepala serta menjaga kelembapan rambut.

Bagi yang ingin mengubati tangan yang terkena minyak panas atau luka terbakar, ambil satu batang daun lidah buaya. Lalu ambil isinya dan di tumbuk hingga halus. Kemudian, letakkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih lalu balutkan ia pada bekas luka tersebut.

Cantik Di Hati
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya.


Selain tu kena lah jaga dalaman kita jugak..sihat di luar dan di dalam...baru kita ceria selalu...



Supplemen dan Vitamin untuk Hilangkan Bau Badan

 

Supplemen dan Vitamin untuk Hilangkan Bau Badan

Euww.
Kita biasanya sangat tidak selesa apabila berada di tempak sesak, lebih-lebih lagi jika berhadapan orang yang mempunyai bau badan yang kuat dan kurang menyenangkan. Pasti kita rasa macam nak lari ke tempat lain, atau paling tidak akan tahan nafas selama mana yang kita boleh di tempat itu. 

Bayangkan jika diri kita sendiri menghadapi masalah bau badan. Kita pasti tidak selesa, kurang keyakinan diri dan akan merasa malas untuk ke tempat awam berikutan masalah kita itu. Ia betul-betul memberi kesan negatif kepada fizikal dan emosi seseorang. 

Bagaimana Bau Badan Terjadi

Bau Badan Terjadi biasanya selepas kita berpeluh. Berpeluh adalah sesuatu yang baik. Berpeluh adalah salah satu cara badan mengekalkan suhu badan dan mengimbangi kandungan cecair dan elektrolit dalam badan. 

Kelenjar Peluh terbahagi kepada dua:

Kelenjar Eccrin : terdapat di seluruh badan dan biasanya di tempat terbuka.

Kelenjar Apocrine: banyak terdapat di kulit kepala, ketiak dan pangkal peha dan biasa 'diiringi' dengan rambut/bulu.

Biasanya kelenjar peluh Eccrin akan merembeskan peluh berupa air dan garam(sodium chloride) dan juga kandungan elektrolit badan. Ia akan menyejukkan badan apabila tersejat. Tetapi, Kelenjar peluh Apocrine akan merembeskan peluh berlemak dan menolaknya ke permukaan kulit dan mudah dijangkiti bakteria. Bakteria ini yang menyebabkan bau badan.



Bagaimana Alfalfa Membantu Mengurangkan Bau Badan?

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa bertindak sebagai 

  • penyahtoksik
  • pembersih darah
  • agen anti-kulat

Ia juga berguna menyembuhkan pelbagai penyakit, termasuk masalah hati, bau nafas,jangkitan bakteria, kencing manis, ulsermasalah-masalah tulang dan sendi dan penyakit kulit. Alfalfa telah membantu ramai wanita dengan ketidakselesaan gejala menopaus, khususnya hot flashes. Ia juga dipercayai dapat membantu pesakit arthritis.

Alfalfa bersifat alkali pada badan kerana ia kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, besi, kalium. Ia juga mempunyai kandungan klorofil, karotena, vitamin A, D, E, B-6, K, dan beberapa enzim pencernaan lain yang tinggi.

Alfalfa mempunyai klorofilKlorofil inilah yang bertindak menghilangkan bau badan, penghalang jangkitan penyakit dan deodoran semulajadi untuk badan


Dapatkan Alfalfa dari Shaklee hari ini. 



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064