30 April 2015

Sakit Kepala

Kenal pasti jenis sakit kepala anda.







Image result for shaklee migrain


B-Complex dan Omega


Boleh telan ini..cepat menghilangkan sakit kepala anda...In Syaa Allah...



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064




Sijil Halal Shaklee

Shaklee di Jamin Halal

Assalamualaikum,
Baru baru ini, ada yang masih bertanyakan tentang status shaklee HALAL?Ini kerana mereka berminat untuk mencuba produk Shaklee tapi mereka nak tahu status ‘HALAL’nya kerana ia adalah produk luar negara.
Untuk pengetahuan semua, Sijil halal Produk Shaklee dikeluarkan olehIslamic Service of America (ISA).
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yangdiiktiraf oleh JAKIM.
Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website Portal Halal Rasmi Malaysia (Rujuk page 18).
Syarat untuk mendapatkan kelulusan ISA pula sangat lah ketat dan susah, dan Alhamdulillah Shaklee berjaya melepasi semuanya.
SHAKLEE LABUAN
Ini adalah sijil halal Shaklee yang terkini untuk tahun 2014.
Ini pula adalah email daripada pihak ISA yang mengesahkan tentang status halal softgel yang digunakan dalam produk Shaklee seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E.

SHAKLEE LABUAN
Semoga selepas ni makin ramai yang yakin dengan status HALAL produk Shaklee ini. Jangan ragu-ragu lagi ye.
Thanks for reading! :)

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064



29 April 2015

Eczemas

RUNSING ECZEMAS

RUNSING DENGAN MASALAH ECZEMA KULIT YANG DI ALAMI???

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 – 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah “Atopic Dermatitis.”
“Atopic” adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom “oversensitivity.”
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.
Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.
GEJALA2 ECZEMA
Acute Eczema
  • “Erythema”, kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • “Papules”, pembentukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
PUNCA ECZEMA
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
KITAR ECZEMA
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah
Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Dalam Shaklee ada beberapa produk yg sesuai utk mereka yg mempunyai mempunya masalah eczema ni
RAWATAN DALAMAN 
ESP dan MEALSHAKE yg baik utk pemulihan luka2 dan proses penggantian sel2 lama dgn baru
Omega guard ini mempunyai Omega 3 yg bersifat anti iflamasi yg dapat merawat keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit di samping dpt meningkatkan imuniti terhadap jangkitan
Mereka yg mempunyai masalah eczema ni juga berkaitan imuniti mereka yg terlalu rendah untuk meawan sebarang jangkitan dan sistem imun mereka ini menunjukkan reaksi yg abnorma. Nutriferon sgt2 digalakkan bg mereka yg mempunyai masalah imuniti seperti ini
 RAWATAN LUARAN
Boleh disapu pada tempat2 yg kering dan kasar tetapi tidak begitu sesuai utk mereka yg mempunya eczema jenis berair
Boleh disapu untuk memudarkan parut dgn cepat dan menghilangkan luka2 eczema yg berair

JOM KITA TGK TESTIMONI INI





***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064




KESIHATAN LELAKI ISTIMEWA DARI SHAKLEE



Set Kesihatan Lelaki Shaklee membantu Kesuburan dan Tenaga.


Shaklee PRIHATIN tentang keperluan kesihatan lelaki para suami dalam hal kesuburan dan tenaga kelelakian dengan memformulakan Set Kesihatan Lelaki Shaklee…. kerana kaum lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit  lemah tenaga batin, kencing manis, jantung, obesiti, strok dan sebagainya.
Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam kehidupan mereka seperti:
*    Mati pucuk
*    Kurang tenaga dan stamina
*   Pembesaran prostat
*    Kelesuan.
Set Kesihatan Lelaki Shaklee membantu Kesuburan dan tenaga dengan membekalkan nutrisi terpenting untuk kesihatan lelaki. Terdiri dari Vitamin E 400iu dengan silenium, Zink dan Omega guard:
Set Kesihatan Lelaki Shaklee
Kebaikan Set Kesihatan Lelaki Shaklee :
Vitamin E Shaklee 400 iu dengan selenium :-
* Memberi tenaga dan stamina lelaki’
* Mencairkan darah supaya  mampu mengalir disaluran-saluran darah yang
halus-halus  dan yang sempit ( dihujung-hujung)
* Mampu melembutkan saluran darah yang mengeras disebabkan  kolesterol dan
lemak. Bahaya aluran darah yang keras ialah boleh pecah sekiranya terdapat
tekanan darah yang tinggi.
* Mampu mencegah strok dengan cara mencairkan darah dan kandungan
 antioksidant yang tinggi ,
* Membekalkan tenaga fizikal dan mental.
* Mampu mengelak komplikasi kencing manis bagi yang menghadapi penyakit
kencing manis ie gangren, buta, sakit jantung, kebas urat saraf dll.
* Awet muda dan tenaga.kepada sel.
Zink
* Zink amat penting di dalam Set Kesihatan Lelaki Shaklee kerana  berperanan
memekat dan membanyakkan air mani.yang berkualiti.
* Membantu pankreas dalam pembentukkan insulin, baik untuk masalah kencing
manis. .
* Meningkatkan kesuburan lelaki.
* Mengawal sistem mucus- perlindungan kepada paru-paru dalam sistem
penafasan.
* Merawat masalah rambut gugur dan kesuburan rambut.
Omega Guard
* Meninggikan tahap kolesterol baik.
* Menurunkan kadar kolesteral Jahat.
* Memelihara jantung yang sehat yang merupakan men’s silent killer.
* Meningkatkan tahap kecerdasan minda
* Membekalkan tenaga dan fokus.
Pengambilan secara berdisiplin dapat membaiki tahap kesihatan
seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan dan hubungan intim
bersama pasangan anda.
** PILIHAN DI TANGAN ANDA..TAKMOH LA GUNA UBAT KUAT LA YANG BELI TEPI JALAN TU YANG BELUM PASTI AKAN KESAN YE..TAKUT LAIN PULAK JADI YE..KITA SIHAT PASANGAN PUN BAHAGIA N CERIA...**


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


28 April 2015

Makanan Kuatkan Rahim

Supplement untuk kuatkan Rahim

MAKANAN UNTUK MENGUATKAN RAHIM:

Antara makanan untuk menguatkan rahim pula ialah:
  • Kurma
  • Madu
  • Protien
  • Jus Delima
  • Habbatus Sauda’
  • Tauhu
Anda juga boleh mencuba set untuk elak keguguran kandungan. Ia patut diambil jika anda bercadang untuk hamil kembali. 
Makanan elakkan punca keguguran
Makanan elakkan punca keguguran
Sebelum kehamilan berlaku lagi iaitu dengan pengambilan Energizing Soy Protien (ESP) dan Bcomplex. Suplement ini membantu menguatkan rahim dari dalaman. Ia membantu menggantikan sel-sel lama yang lemah kepada sel-sel baru yang kuat. Asas pembentukan sel ialah protien. Manakala Bcomplex membantu mengurangkan tekanan perasaan dan juga sebagai persediaan untuk hamil kerana di dalam kandungannya terdapat asid folik yang bagus untuk perkembangan janin. Untuk tempahan dan konsultasi anda boleh

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Berpantang Moden

Cara Berpantang Moden

Keguguran kandungan seawal 2 bulan adalah disebabkan rahim lemah dan tidak kuat untuk menampung berat janin, pembentukan janin tidak sempurna, jangkitan kuman, kelainan pada rahim dan mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti. Gaya hidup yang tidak sihat juag menyumbang pada keguguran kandungan.

Apabila anda telah disahkan oleh doktor mengenai keguguran kebiasaannya anda akan melalui proses mencuci rahim bagi mengelakkan janin tertinggal di dalam rahim. Risiko kandungan tertinggal di dalam rahim ialah jangkitan kuman atau tumpah darah.

Sebenarnya cara berpantang selepas keguguran kandungan lebih susah berbanding berpantang selepas melahirkan kerana ia melibatkan emosi ibu dan sisa janin di dalam rahim. Pada waktu ini, sokongan suami dan keluarga terdekat sangat membantu.
Sebaik sahaja selesai proses mencuci rahim selesai, ibu perlu memakai stokin tebal dan mengikat rambut seperti orang berpantang seperti biasa. Ini kerana dikhuatiri angin meroyan akan masuk ke dalam badan. Risiko angin meroyan masuk kedalam tubuh ialah ibu akan rasa bisa-bisa seluruh badan, berhalusinasi (beranggapan bayi masih ada lagi di dalam rahim) dan rahim akan sakit rasa seperti berdenyut-denyut. Dari segi pemakanan juga perlu dijaga seperti jangan minum ais, jangan makan sayur-sayur sejuk (nangka, kangkung, kobis dan lain-lain).
Angin gugur atau angin jahat akan berada di dalam tubuh ibu tadi sehingga ibu melahirkan anak yang seterusnya. Barulah ia akan pulih sepenuhnya. Jadi jangan ambil mudah berpantang selepas keguguran. Kelak merana badan. Selalunya disyorkan berpantang selama 44 hari termasuk berjimak dengan suami.

Antara set berpantang yang sesuai untuk ibu tersebut ialah:

Vitalea – Di lengkapi dengan 23 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh untuk mengekalkan kesegaran tubuh. Membantu mempercepatkan penghasilan darah merah akibat kesat keguguran dan mengelakkan daripada wajah lesu pucat tidak bermaya.
B-Complex – Dikenali sebagai anti tekanan dan mengelak ibu daripada terkena angin meroyan. Ia juga membantu membentuk sel darah merah. Selain itu, ia juga sebagai agen penukar makan kepada tenaga.
Sustained Released VitaC – Memperbaiki sel-sel yang rosak dan dikenali sebagai antioksidant yang paling konsisten. Sebagai agen merawat kulit wajah dan tubuh dengan membekalkan kolagen secara semulajadi. Ia juga meningkatan sistem pertahanan badan daripada terkena sebarang penyakit.
Zinc Complex – Zinc adalah agen yang terbaik dalam menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Gamat adalah haiwan yang mempuyai zinc yang tinggi sebab itu sesiapa yang menjalani pembedahan amat digalakkan. Walaubagaimanapun, gamat asli hanyir sebagai alternatif anda boleh mengambil Zinc Complex dalam bentuk tablet.
Energizing Soy Protien (ESP) – Sejenis protien soya yang membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan mencantikkan kesan luka. Ia juga berperanan dalam menguatkan rahim yang telah terluka. Ia juga alternatif untuk menyerikan wajah dan ingin kuruskan badan.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


27 April 2015

Kebas Tangan

Suplement untuk Tangan Kebas

Masalah kebas pada anggota badan adakalanya sangat merimaskan dan boleh mengganggu tugasan harian kita. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya tangan anda mengalami rasa kebas- kebas ketika memandu…sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa juga bukan?
” Seorang pelanggan saya yang merupakan seorang guru, mengadu bahawa masalah kebas pada tangan beliau semakin serius…hendak menulis pada papan putih pun ‘marker’ boleh terjatuh…”
Tapi, kalau tangan atau mana-mana anggota sekali pun yang mengalami rasa kebas, pastinya kita tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Jom kita lihat apa punca yang menyebabkan rasa kebas boleh terjadi?

KEBAS TANGAN

Punca Kebas pada Tangan

  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip, tukang jahit, menulis tanpa dengan  sangat kerap boleh mendorong ke arah kebas pada tangan.
  • Menggunakan tangan dengan kuat secara berulang-ulang kali, misalnya kerja2 di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  • Disebabkan oleh penyakit akibat gangguan hormon seperti diabetes, tiroid, masalah menopaus dan mungkin juga disebabkan oleh takungan cecair badan bagi wanita hamil.
  • Kebas juga boleh berlaku jika pergelangan tangan kita pernah cedera.
  • Faktor jantina. Wanita berisiko lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Mungkinkah kerana wanita lebih banyak membuat kerja rumah berbanding lelaki???
  • Faktor usia. Kebas mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Tahukah anda?
Jika terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah yang akan mengakibatkan rasa kebas pada tangan.
Jadi, apakah suplemen yang perlu anda amalkan untuk mengatasi masalah kebas- kebas pada tangan? Di bawah adalah cadangan suplemen terbaik bagi mereka yang mengalami masalah ini. Berikut adalah suplemen yang sesuai diamalkan oleh mereka yang punya masalah kebas :

1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Dan yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada tar jalan raya seperti vitamin B Complex sintetik yang banyak terdapat di pasaran.
B COMPLEX
2. Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.
OMEGA GUARD
3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.
OSTEMATRIX
Jika anda juga mempunyai masalah kebas pada mana-mana anggota badan, anda juga boleh mencuba suplemen ini. Keistimewaan lain set ini ialah, ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit yang dialami.

Testimoni tangan kebas hilang dengan vitamin SHAKLEE :

TESTIMONI KEBAS TANGAN
TESTIMONI KEBAS TANGAN

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064

Cara Putihkan Ketiak

Cara-Cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Dan Celah Peha Dalam Masa 7 Hari
Tahukah anda kapur makan atau kapur sireh dan sedikit air perahan limau nipis boleh mencerahkan ketiak yang hitam?
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak dan celah peha seperti sediakala:
1) Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkaan bahagian ketiak terlebih dahulu. Kemudia gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidak lah ssampai memudaratkan kesihatan kulit anda tu. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2kali/seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan In sha Allah.
2) Cuci ketiak dan celah peha anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas tu basuh bersih dengan menggunakan air suam.
3) Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span ataupun kapas.
Satu lagi tips yang paling mudah ialah semasa mandi; ambil sabun dan sapukan pada bahagian belakang telapak tangan, kemudian gosok pada celah ketiak dan celah peha.

Akak pun ada jual ini jugakkk..lau nak cuba roger2 akak k...


SELAMAT MENCUBA petua yang mudah ni smile emoticon

***jika anda berminat menjadi ahli atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064

26 April 2015

Punca Sakit Kepala

PUNCA SAKIT KEPALA DAN PETUA MENGATASINYA

PUNCA SAKIT KEPALA DAN PETUA MENGATASINYA
sakit kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
1. Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
2. Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
3. Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
4. Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
5. Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
Cara atasinya
1. Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau boleh juga
2. Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
Tak pun anda boleh telan B-Complex ni..boleh menhilangkan sakit kepala..simpan buat stok dirumah..kita tak jangka bila sakit kepala datang menjelma kan...




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064




Keajaiban Berjalan Kaki

Tahukah Anda.. 8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Hanya Berjalan Kaki


jalan kaki1
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan kaki kerana dapat mengelakkan daripada banyak penyakit yang berbahaya. Berikut merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan hanya berjalan kaki :

1. Serangan Jantung: Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi secara normal untuk mengepam darah tanpa henti.
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Berjalan kaki dengan lebih kerap dapat mendatangkan kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki dengan pantas.
Berjalan kaki merupakan satu alternatif yang terbaik untuk mencegah serangan sakit jantung kerja berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke: Satu kajian dilakukan terhadap 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun sehingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan: jika anda memppunyai berat badan yang berlebihan, luangkanlah masa untuk berjalan kaki. Pergerakan kaki melibatkan seluruh tubuh dan mampu untuk menurunkan berat badan serta lemak yang ada terutama di bahagian perut. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Sebagai mana yang kita ketahui, pergerakan badan dapat melancarkan peristaltik usus, sehingga membolehkan proses untuk membuang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan juga boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinaran matahari pada waktu pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempoh selama 50 minit juga mampu mencegah penyakit diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Stres: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti-stres yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit tekanan emosi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki kerana dapat menyembuhkan stres yang boleh mengganggu rutin aktiviti harian anda.
berjalan-kasut1
LAGI 10 KEBAIKAN EKSTRA BERJALAN KAKI :
1. Dari penyelidikan Duke University Medical Center, berjalan kaki selama 30minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome, iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.

2. Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan boleh mengurangakan risiko kanser payudara. Ketika berjalan, lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.

3. Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu lebih nyenyak.

4. Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.

5. Mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot, serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.

6. Membuatkan kamu bahagia. Dimana ianya membantu mengurangkan stress.

7. Berjalan kaki selama 90minit selama seminggu boleh membuatkan mood kamu lebih gembira. Dimana tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil ENDORPHIN.

8. Wanita yang berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun.

9. Awet Muda. Bejalan kaki membuatkan otak kamu menjadi lebih aktif.

10. Berjalan kaki selama 30minit sebanyak 3kali seminggu dikatakan boleh mencegah dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
 ✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064