Pendarahan Awal Kehamilan
Semua orang akan gembira dan teruja bila check upt ada double line. Lebih-lebih lagi kalau yang memang teringin kelahiran seorang cahayamata. Sesetengah daripada akan mengalami pendarahan di awal kehamilan tetapi pendarahan di awal kehamilan ada yang membawa risiko keguguran dan ada yang tidak. Entry berkaitan Pendarahan atau Keguguran Di Awal Kehamilan ada saya ulas di entry sebelum ni.
Pengalaman yang saya sendiri alami semasa keguguran anak kedua. Pendarahan yang di alami sangat teruk dan tidak berhenti. Itu bermakna saya telah mengalami keguguran dan terpaksa lakukan D&C bagi mengeluarkan tisu janin yang tidak menjadi.
Kali kedua pendarahan adalah apa yang saya alami sekarang. Saya mengalami sakit perut yang teruk seperti senggugut. Memang sakit sangat-sangat sampai tak boleh nak cakap. Kemudian saya gunakan tungku untuk redakan sakit tersebut dan selepas tu darah keluar. Rasa sakit hilang serta merta. Keesokan harinya darah still keluar berwarna coklat dan menjelang malam ia kering.
Dua hari kemudian saya tergerak hati untuk membuat Urine Pregnancy Test. Sangat terkejut bila hasilnya double line walaupun ia samar-samar. Keesokan harinya saya membuat test lagi sekali pada waktu pagi dan double line tersebut main jelas dan terang. Mula terdetik kerisauan kerana disangkakan period sedangkan ianya pendarahan di awal kehamilan. Tetapi disebabkan pendarahan tersebut dah berhenti, saya andai kan kehamilan saya selamat. Pemeriksaan seterusnya akan dilakukan pada minggu hadapan. Harapnya semua dalam keadaan baik.
Inilah test urine yang saya dah buat sebanyak tiga kali..memang kalau ikut test ni semua double line dan confirm pregnant..
upt test
1st UPT Test
2nd UPT Test
2nd UPT Test
3rd UPT Test
3rd UPT Test
Bayangkan anda dah bertungku bagai dan makan nenas segala..mesti risaukan dengan kandungan ni. I hope for the best. InsyaAllah kalau rahim kuat, ada pendarahan pon tidak semestinya akan gugur. Pendarahan di awal kehamilan juga berlaku bila telur dan ovum menempel di dinding rahim. So should be no worries kecuali kalau pendarahan tu non stop, then perlu ke hospital untuk lakukan pemeriksaan selanjutnya.
Untuk berikan yang terbaik kepada kandungan saya..saya perlu ambil supplement tambahan untuk kehamilan. Kalau tak ambil memang akan rasa lemau dan tak bermaya lebih-lebih lagi saya masih menyusu anak saya yang kedua. Supplelement yang saya amalkan adalah Set Hamil Shaklee. Kepada yang pregnant boleh la cuba Set Hamil ni sebab ia memberikan tenaga yang luar biasa, tak penat sangat, hb mantain dan bagus untuk perkembangan janin.

SET HAMIL