06 November 2014

Apakah pembedahan Caesarean?

Apakah pembedahan Caesarean?

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?

Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika:
Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.

Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.
Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.

Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan.

Sebab-sebab memerlukan pembedahan yang dirancang
Pembedahan caesarean yang dirancang, atau elektif, mungkin berlaku atas pelbagai sebab, termasuk:

Anda telah membuat dua atau lebih pembedahan caesarean. Walau bagaimanapun ramai wanita berjaya menjalani kelahiran vagina selepas caesarean (vaginal birth after caesarean atau VBAC). Ketahui dengan lebih lanjut mengenai VBAC .
Anda mempunyai jangkitan (seperti herpes atau HIV) yang boleh dipindahkan kepada bayi jika anda melahirkan secara vagina.
Anda dinasihatkan untuk menjalani caesarean, mungkin sebab telah mengalami kelahiran vagina yang traumatik sebelum ini.
Bayi anda dalam kedudukan ke sisi (melintang), atau sentiasa mengubah kedudukannya (posisi tidak stabil).
Anda mempunyai praeklampsia teruk atau eklampsia, yang mendatangkan bahaya jika melambatkan kelahiran.
Bayi anda tidak membesar di dalam uterus rahim) sebagaimana yang patut.
Bayi anda berada dalam posisi punggung ke bawah, atau kedudukan songsang.
Anda menghidap penyakit, seperti penyakit jantung atau kencing manis.
Anda mempunyai plasenta rendah (plasenta praevia).
Anda menjangkakan kembar dua atau lebih.
Anda telah kehilangan bayi pada masa lalu, samada sebelum atau semasa pelahiran.

Kadang-kala, beberapa keadaan saling berkaitan menyebabkan ini, jadi anda mungkin mempunyai lebih dari satu sebab untuk menjalani pembedahan caesarean yang terancang. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai plasenta rendah, yang telah menyumbang kepada bayi anda berada dalam kedudukan songsang atau melintang. Atau anda mempunyai praeklampsia, yang telah menjejaskan pertumbuhan bayi anda, menyebabkan kelahiran awal diperlukan.

Sebab-sebab memerlukan caesarean kecemasan
Kadangkala, kakitangan perubatan akan bergerak segera untuk melakukan pembedahan dengan tujuan supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat. Ini mungkin berlaku apabila:

Tali pusat tergelungsur turun melalui serviks terdahulu daripada bayi anda. Ini dipanggil prolaps kord. Ada kemungkinan kord akan terhimpit semasa lahir, dan memotong bekalan oksigen bayi anda.
Pelahiran anda adalah sangat lama dan perlahan. Ini dipanggil kegagalan untuk maju, dan ia bermakna leher rahim (serviks) tidak membuka dengan cukup untuk membolehkan bayi anda bergerak turun masuk ke dalam saluran kelahiran.
Plasenta telah tertanggal semasa pelahiran. Ini dipanggil plasenta abrupsi dan meletakkan bayi anda dalam bahaya.
Parut dari kekoyakan caesarean sebelumnya. Ini dipanggil pecah rahim dan amat jarang berlaku. Ia berlaku hanya kepada satu dalam 200 wanita.
Bayi anda menjadi lemas semasa pelahiran.
Anda mengalami pendarahan banyak semasa pelahiran.
Dalam banyak kes, pembedahan caesarean berlaku atas sebab-sebab kesihatan yang jelas, dan adalah pilihan yang paling selamat bagi kedua ibu dan bayi. Namun begitu, terdapat perkara-perkara yang tidak begitu jelas.

Kadangkala, keputusan untuk membedah berdasarkan maklumat yang terbuka kepada beberapa tafsiran. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes anda.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan