05 November 2014

Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

omega 3 untuk ibu mengandung dan ibu menyusu
Omega Guard Shaklee mengandungi omega 3 yang sangat bermanfaat untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Omega 3 adalah asid lemak yang perlu diambil dari sumber luar kerana badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3. Bagi individu yang vegetarian, omega 3 boleh didapati dari sumber kekacang, legum dan minyak sayuran. Namun begitu, omega 3 daripada sumber ikan adalah yang terbaik kerana kaya dengan DHA dan EPA.
EPA menyokong kesihatan jantung, sistem pertahanan badan dan sistem tindak balas keradangan. Manakala DHA penting untuk menyokong kesihatan dan perkembangan otak, mata sistem saraf utama dalam badan. Keadaan ini menyebabkan omega 3 sangat bagus diamalkan oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung
Omega 3 penting untuk perkembangan penglihatan dan saraf bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengamalkan omega 3 didapati perkembangan visual dan kognitif bayi adalah sangat baik. Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi.
Selain itu, omega 3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang. Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko berlakunya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung). Omega 3 juga dapat mengelakkan kelahiran bayi tak cukup berat. Kajian juga menunjukkan kekurangan omega 3 meningkatkan risiko tekanan atau stress bagi ibu yang baru lepas bersalin.
Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan bayi yang dilahirkan mendapat ekzema. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 700 wanita mengandung yang mengamalkan supplement omega 3 menunjukkan kejadian ekzema bagi bayi berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Kajian ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 6 tahun bagi melihat kebaikan supplement omega 3.
Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Menyusu
Susu ibu adalah sumber utama DHA bagi bayi yang sedang menyusu. Amaun DHA di dalam susu ibu bergantung kepada sumber diet ibu tersebut. Kebiasaannya ikan adalah sumber utama DHA dalam diet seseorang. Sekiranya seseorang ibu menyusu kurang mengambil ikan di dalam diet sehariannya, adalah sangat disarankan ibu tersebut untuk mengambil supplement omega 3.
Ibu menyusu yang mengamalkan supplement omega 3 membolehkan bayi yang disusukan mendapat kebaikan omega 3 juga. American Pregnancy Association menyarankan ibu menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Omega 3 membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang disusukan.
Ternyata omega 3 memainkan peranan yang sangat penting bagi ibu mengandung dan menyusukan anak. Selain omega, terdapat supplement lain yang penting untuk ibu mengandung. Saya pernah kongsikannya DI SINI. 
promosi shaklee disember 2013 omega guard shaklee
Untuk pengetahuan semua, sekarang ini sedang berlangsungnya promorsi Omega Guard Shaklee. Promosi akan berakhir pada 31 Disember 2013. Sekiranya anda berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee inilah masa yang terbaik. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee dengan harga terendah di pasaran.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Tiada ulasan:

Catat Ulasan