17 November 2014

Pengalaman Pertama Makan Supplement Shaklee

Pengalaman Pertama Makan Supplement Shaklee

Pengalaman pertama saya makan supplement Shaklee adalah pada Bulan Mac 2012. Ya.. Baru lagi. Baru setahun.  Ketika itu saya sedang mengandung anak kedua. Pengalaman mengandung anak kedua agak mencabar fizikal.
Saya sering kejang kaki atau orang panggil tarik mengkarung. Tiap-tiap pagi bangun tidur mesti kejang kaki. Malam-malam pun kadang-kadang terjaga sebab kejang kaki. Seksa wooo.. Saya realize saya kekurangan kalsium. Minum susu pon tak membantu sangat kurangkan kekejangan kaki saya. Then saya tahu saya kena ambil supplement kalsium. Terus saya call kawan yang jual Shaklee cakap nak kalsium. Sebab dia boleh pos. Saya malas nak beli supplement kalsium kat kedai farmasi sebab nak cari tempat parking kat town memang susah. Saya sedar saya telah pilih supplement kalsium yang betul setelah anak kedua saya lahir. Tengkuk dier keras betul. Senang nak mandikan sebab steady jek. Tak de terlentok gitu. Tak macam anak sulong saya tak ambil supplement kalsium langsung.
Ostematrix - Supplement Kalsium Keluaran Shaklee
Ostematrix – Supplement Kalsium Keluaran Shaklee
Ketika mengandungkan anak kedua saya cepat sangat letih dan lesu. Keadaan menjadi bertambah tak best bila saya berpindah rumah. Saya kena drive sejauh 80km sehari pergi-balik dari rumah ke tempat kerja. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab saya memang jaga pemakanan saya sepanjang tempoh mengandung. Dan sekali lagi saya realize saya perlu ambil supplement. Dan saya tetap pilih Shaklee sebab kawan saya boleh post. Saya decide untuk ambil multivitamin (vitalea) dan B complex. Malas betol nak keluar pi beli :p Alhamdulillah. Selepas makan vitalea dan B complex petang-petang drive balik rumah lepas kerja pon steady jek. Kalau tak, kadang-kadang tu mesti kena berhenti kat mana-mana kejap untuk tidur. Dasyat kan.
Vitalea - Multivitamin Keluaran Shaklee
Vitalea – Multivitamin Keluaran Shaklee
Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B Complex Shaklee
Kisah dengan Shaklee bersambung lagi bila saya mengalami bengkak susu yang agak teruk. Semasa anak pertama kena bengkak susu juga. Tapi selepas pegi mengurut dengan bidan alhamdulillah menjadi. Tapi sentuhan mak bidan tu tak menjadi pula semasa anak kedua. Kuasa Allah kan semua ni. Jadi saya decide untuk ambil lecithin. Alhamdulillah. Ikhtiar ini menjadi. Selepas dos kedua lecihtin susu memancut-mancut keluar. Sebelum tu pam pun tak keluar apa. Sedangkan cik B dah rasa macam nak meletup.
Lecithin Shaklee
Lecithin Shaklee
Alhamdulillah. Dipertemukan dengan Shaklee. Saya dapat rasakan kelainan berbanding supplement brand lain. Sebelum ni saya makan Pharmaton. Namun begitu Pharmaton mempunyai ginseng di dalam formulasinya yang tidak sesuai untuk wanita mengandung dan menyusu. Saya juga pernah mengamalkan supplement kalsium keluaran 21st century kerana saya sering kejang ketika datang period. Namun tak melekat sangat dengan jenama ni. Tapi dengan Shaklee badan respond sangat bagus. Sebab tu la jatuh cinta sangat.
Sekiranya anda seorang yang mengamalkan supplement jenama lain, saya sarankan anda try Shaklee. Rasakan perbezaannya sendiri.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Tiada ulasan:

Catat Ulasan