14 November 2014

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee Berkesan Menurunkan Berat Badan

Antara set Shaklee yang laris di Malaysia adalah set kurus Shaklee. Hal ini kerana semua orang tak kira lelaki atau perempuan inginkan bentuk badan yang menawan. Ya.. Semua orang berhak untuk memiliki berat badan yang ideal bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan. 
Dalam set kurus Shaklee, konsep yang digunakan adalah BUANG, BAKAR & DETOKS serta BINA. Haaaa… apa benda semua tu yer.
LANGKAH 1: BUANG & DETOKS
Langkah ini penting untuk membuang segala lemak dan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Penyingkiran toksin juga penting supaya nutrien yang diperlukan oleh badan dapat diserap dengan baik. Badan akan terasa lebih ringan dan lebih segar apabila proses penyingkiran toksin ini berlaku dengan lengkap.
Di dalam set kurus Shaklee, produk yang digunakan untuk proses buang dan detoks adalah Alfalfa Complex dan Herblax. Alfalfa complex bertindak untuk membuang semua toksin di dalam badan. Selain itu, alfalfa complex juga memberi kesan kenyang yang berpanjangan kerana kandungan fiber yang tinggi di dalam alfalfa. Herblax pula bertujuan untuk membuang segala bahan yang tidak diperlukan di dalam perut dan usus kita. Cuci perut dan usus gitu. Proses ini penting kerana sekiranya terdapat bahan buangan terdapat di dalam usus yang tidak dikeluarkan sepenuhnya, proses penyerapan vitamin menjadi tidak optimum. Keadaan ini adalah salah satu punca kenapa vitamin tidak berkesan kepada sesetengah individu.

Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex Shaklee
Herb-Lax Shaklee
Herb-Lax Shaklee
LANGKAH 2: BAKAR
Dalam set kurus Shaklee, produk yang digunakan untuk memecahkan lemak dan membakar lemak adalah lecithin dan omega guard. Lecithin bertindak memecahkan lemak di dalam badan. Manakala omega bertindak membakar lemak di dalam badan dengan cara meningkatkan metabolisme badan. Omega juga mempunyai fungsi menurunkan paras kolesterol dalam darah, meningkat lemak yang baik (HDL) dan menurunkan paras lemak yang tidak baik (LDL). Selain itu, omega juga bertindak dalam mengawalatur hormon leptin yang bertindak mengawal rasa kenyang.

Lecithin Shaklee
Lecithin Shaklee
OmegaGuard Shaklee
OmegaGuard Shaklee
LANGKAH 3: BINA
Faktor utama peningkatan berat badan adalah disebabkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Karbohidrat melepaskan tenaga dengan cepat dan membuatkan kita mudah rasa lapar dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan kita akan makan berlebihan. Berbanding karbohidrat, protein melepaskan tenaga sedikit demi sedikit dan berpanjangan. Protein juga membuatkan kita akan berasa kenyang dalam tempoh yang lama. Keadaan ini membuatkan kita kurang kerap makan. Sebab itulah dalam set kurus Shaklee, minuman berprotein seperti ESP dan Cinch Shake sangat penting.
Minuman berprotein seperti ESP dan Cinch Shake juga penting untuk pembinaan otot. Otot dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Sebab itulah ada sesetengah orang tidak mengalami perbezaan berat yang banyak walaupun kelihatan lebih kurus selepas mengamalkan set kurus Shaklee ini. Hal ini kerana otot-otot baru dibina dan lemak-lemak degil mula hilang. ESP dan Cinch Shake juga membantu memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi, tak la menggelebeh sana sini walaupun dah kurus. Saya mengupas dengan lebih lanjut di dalam artikel ini kenapa minuman berprotein seperti Cinch Shake dan ESP penting untuk diamalkan sepanjang proses penurunan berat badan.
ESP berisa vanilla. Manakala Cinch Shake mempunyai 3 perisa iaitu vanilla, coklat dan caffe latte.
Cinch™ Shake Mix Shaklee
Cinch™ Shake Mix Shaklee
ESP Shaklee
ESP Shaklee
Gabungan ketiga-tiga produk ini dalam set kurus Shaklee memberikan penurunan berat badan yang lebih berkesan, sihat dan selamat. Namun begitu, harus diingat, pengambilan makanan seimbang adalah penting dalam proses penurunan berat badan ini. Aktiviti fizikal seperti senaman membantu proses penurunan berat badan menjadi lebih cepat. Jangan pula kecewa tau jika tiada perubahan di dalam bentuk badan atau berat badan sekiranya anda tidak gabungkan ketiga-tiga produk ini.
Set kurus Shakle tidak seperti produk lain yang menyebabkan anda sering ke tandas. Produk yang membuatkan anda sering ke tandas memang akan menampakkan penurunan berat badan dengan cepat. Namun harus diingat, penurunan tersebut bukanlah disebabkan kehilangan lemak, tetapi disebabkan oleh badan kehilangan banyak air.
Set kurus Shaklee juga tidak memerlukan anda untuk berlapar. Set kurus atau diet yang memerlukan anda berlapar akan menyebabkan berat anda mudah naik semula dengan mendadak. Keadaan ini dinamakan diet yo-yo. Dengan set kurus Shaklee, penurunan berat badan adalah secara sihat dan perlahan-lahan bukannya secara mendadak.
Masih ragu-ragu dengan Set Kurus Shaklee? Kita tengok testimonial ini.
testimonial set kurus shaklee

testimonial set kurus shaklee

set kurus testi

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064


Tiada ulasan:

Catat Ulasan