Kenapa susu sedikit semasa berpantang???
Susu Sedikit Semasa Berpantang
Susu sedikit semasa berpantang? Ramai ibu yang risau kerana tidak mempunyai susu yang banyak semasa dalam tempoh berpantang. Bila pam nak dapat 2 oz pun susah.Jadi ibu tersebut menyangka bahawa susu mereka tidak cukup untuk mengenyangkan bayi lalu susu formula menjadi pilihan. Ibu-ibu perlu tahu bahawa yang pada beberapa hari pertama selepas melahirkan, payudara menghasilkan kolostrum iaitu titisan emas yang penuh khasiat untuk bayi. Kolostrum berwarna kekuningan dan kaya dengan nutrisi. Ia kaya dengan antibody untuk melindungi bayi anda.
Mengapa sepanjang tempoh berpantang susu anda tak banyak? Jawapannya:
[] Saiz perut bayi adalah sangat kecil semasa baru dilahirkan. Anda boleh lihat betapa kecilnya saiz perut mereka seperti didalam gambar di bawah.
[] Jadi normal untuk payudara menghasilkan susu yang sedikit memandangkan bayi tidak memerlukan susu yang banyak. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand.
[] Adalah sangat normal untuk anak kerap menyusu semasa pantang. Lebih -lebih lagi kalau baby boy. Bayi anda mungkin menyusu setiap setengah jam.
[] Anda mungkin menyangka bahawa susu anda tidak mengenyangkan bayi anda. sebenarnya tidak. Bayi kerap menyusu kerana susu kita sangat mudah hadam. Bila susu mudah hadam, anak cepat kenyang, dan akan cepat lapar semula
[] Sekiranya anak anda tetap menangis selepas menyusu, itu tidak bermakna bayi anda masih lapar. Mungkin bayi anda menangis kerana hendak dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu sejuk/panas.
Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Oleh itu, breastfeeding set Shaklee sangat membantu.
Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia.
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064
Tiada ulasan:
Catat Ulasan