Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)
Ni adalah cara seorg customer penyimpan Susu Ibu yg telah di perah ..sungguh terkesan di hati dan terlalu besar pergorbanan ye....
** Alhamdulillah telah selamat melahirkan putera dalam keluarga kami yang diberi nama Adam Hariz.. Jadi lengkap la sebuah keluarga bahagia dengan ada sofia dan adam.
Hari ni dah masuk hari ke 36 dan saya baru sempat nak jengah blog sendiri. Sibuk berpantang la kononnya..hehe.. Sibuk jaga adam, jaga diri sendiri..
Maklum la mak tang berpantang sendiri..huhu..sadiss kan.. masak sendiri lauk berpantang..hukhuk..
Maklum la mak tang berpantang sendiri..huhu..sadiss kan.. masak sendiri lauk berpantang..hukhuk..
Dalam pantang ni, saya gigih mengumpul stok ebm untuk adam.. Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Adam sehingga 2tahun.. Dulu rasa ralat betul tak dapat fully bf sofia lama, hanya mampu 5bulan lebih, pastu terus campur susu fm. Kes nya tak kumpul stok dari awal. Jadi yang ni, kena pulun betul-betul..
Makanya, ini lah stok yang mampu dikumpul selama 36hari berpantang. Alhamdulillah...rezki yang Allah bagi pada Adam untuk merasa susu ibu..
Arini nak berkongsi cerita cara saya menguruskan stok ebm untuk anakanda Adam tersayang..
Untuk menyimpan stok susu ini, saya lebih suka menggunakan storage bags kerana ia lebih menjimatkan ruang. Thanks pada hubby tersayang kerana menyokong dan memberi semangat dalam mengumpul stok ni. Thanks ye abg sebab membeli peti ais baru semata-mata untuk menyimpan susu ini.
Ini adalah susu yang diperah dalam seharia. Biasanya susu yang diperah akan diletakkan dalam freezer biasa dulu sebelum dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku..Abaikan bekas hijau tu ye. Kadang malas nak basuh brestsheild, jadi simpan dalam peti untuk guna seterusnya..Tapi jangan tiru ye, sebab sebaiknya kita basuh terus alatan mengepam.
Alat yang perlu ada adalah marker pen dan storage bags.
Biasa pada setiap malam, saya akan menyimpan susu tersebut ke bahagian freezer. Dengan menuangkan susu dari botol ke storage bag dengan sukatan 3-4oz untuk sekali minum. Kalu boleh jangan isi penuh dalam storage bag kerana susu yang dah dicairkan perlu digunakan dalam masa 24 jam. Rugi kan..Setiap titis susu ibu itu sangat berharga. hehehe..
Inilah hasilnya setelah diisi dalam storage bag.. Banyak pulak gelembong udara kan. Patutnya anda kena keluarkan semua ye. Jangan tiru macam ni..hehehe..
Yang penting setiap plastik perlu ditulis tarikh. Nak tulis nama anak pun boleh. Tapi saya tulis kuantiti setiap plastik.
Susu ni boleh la disusun flat supaya bila keras nanti, dia akan jadi sekeping dan memudahkan untuk kita susun.
Then, boleh la anda susun dalam freezer ye..
Itulah rutin setiap malam aku..
Sekian.. Semoga aku dapat meneruskan penyusuan ini dengan jayanya.. Amiinnn...
Customer telah amal kan supplement complete dari awal mengandung dan berpantang...nak tau ape meh pm saya kita sembang2...
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/halina matzan
✐ Blog: http://www.mamaizzhaziq.blogspot.com/
✉ Email: mamahaziq11@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 019-7640064






Tiada ulasan:
Catat Ulasan